Tuesday, 3 December 2013

Coretan Dari Hati

Bismillahirahmanirrahim.

Kehadapan insan yang dulunya seringkali buat saya tersenyum gembira..
Insan yang dulunya seringkali buat saya ketawa bahagia..
Insan yang dulunya seringkali menangis bersama..
Insan yang dulunya cukup tahu apa yang hati saya mahu..
Insan yang selama ini cukup saya sayangi dan hormati selayaknya..

Muhammad Kamarul Fikri...
Saat b membaca coretan ini, syg benar-benar ikhlas memaafkan setiap kesalahan b..
Saat b membaca coretan ini, benar airmata syg menitis tanpa dipinta..
Saat b membaca coretan ini, hati syg benar-benar mengizinkan b pergi..

Buat lelaki yang selama ini, saya sandarkan harapan dan impian,
Buat lelaki yang selama ini, saya letakkan pengharapan,
Untuk hidup bahagia bersama, mendidik anak-anak dgn didikan agama, berpadu kekuatan saat susah dan senang berdua, berpimpin tgn menuju ke Jannah-Nya.

Melewati sebulan yang lalu, hubungan ini umpama retak menanti belah.
Ujian yang datang umpama tidak berpenghujung.
Sayu hati hanya Allah mengerti.
Cinta yang selama ini bersemi, dipukul badai tanpa henti.
Jujur hati ini penat. Jujur jiwa ini telah mati. Jujur hati ini umpama tidak mampu hidup kembali.

Kerana satu video ceramah agama tentang cinta Allah dan manusia, membuatkan syg buka mata. Untuk kuat, bangkit semula. Semua ini ujian, Allah turunkan untuk menguji kekuatan iman.
Syg memang menangis. Apatah lagi bila tgk badan sendiri susut dan kurus kembali.
Teringat moment syg melompat gembira masa timbang berat dgn b masa kali terakhir kita bertemu tu. Kerana b syg berisi, kerana b juga syg kurus kembali.

Setiap malam lepas solat sunat, syg mesti berfikir semula. "Kenapa aku mesti menangis kerana dia, kenapa aku mesti lemah kerana dia, sedangkan dia hidup dgn bahagia, aku disini merana."
Syg motivate diri sendiri, walau payah, syg tetap teguh berdiri kembali. Bohong jika kata hati x rindu. Bohong jika kata cinta syg dah mati. Tapi luka syg semakin parah dari hari ke hari.

Syg xtau apa niat b. Sampai hari ini, syg tertanya-tanya. Tdk cukup kah kasih syg yang syg beri selama ni. Tdk ckup kah perhatian, kelembutan, senyuman dan kebahagiaan yg syg beri selama ni. Walau berkali-kali terluka, syg tetap setia berdiri disini, menanti dgn yakin bahawa bahagia itu pasti ada. Bersabar menelan caci maki b kerana syg yakin yg b akan berubah. Seringkali syg nasihati diri sendri, apabila kita cintakan seseorang, apabila kita ikhlas sygkan seseorang, tutuplah semua keburukannya dgn segala kebaikan yang dia ada.

Yes, I did. Walau dalam luka dihati syg, syg tutup luka itu dgn kenangan bahagia kita. Syg tutup kesakitan dihati syg dgn mengingati semula setiap kebaikan b. Kerana syg tahu, cinta b utk syg masih bersisa. Syg selalu berusaha, menjaga aib b, menjaga maruah b, menjaga diri syg drpd terjatuh dengan pandangan lelaki lain. Syg penah terdetik utk pergi. Balas apa yg b pernah buat pada syg. Tapi syg x mampu. Sebab sedari dahulu, syg didik hati untuk menghormati b. Syg didik diri sebagai persediaan menjadi isteri b kelak, menantu bagi keluarga b, ibu bagi anak-anak b.

Syg dah usaha. Sering berusaha. Tapi usaha syg seringkali juga dipersia. Ingin sekali syg bertanya.
Masih adakah lagi cinta di dalam hati b utk syg? Masih adakah lagi rindu yg bertamu di jiwa b seperti dahulu? Masih adakah keinginan dihati b untuk menjadikan syg yg halal buat b? Apa b sebenarnya sudah bosan?

Buat lelaki yg hingga ke akhir hayat akan sy hormati,
Cinta sy x pernah mati. Tapi kerana awak, sy kenal erti cinta Allah yg hakiki. Terima kasih.
Rindu sy x pernah surut. Tapi kerana awak, sy bangkit di lewatnya malam utk menyambut rindu Allah yg satu. Terima kasih utk itu.
Hati sy sentiasa ada utk awak yg selama ini sy yakini akan membimbing sy ke Syurga. Tetapi hari ini, sy mula sedar, hati kita Allah yg pegang. Sekuat mana sy bertahan dan pertahan, jika awak sendiri tidak mahu, Allah lebih tahu.

Malam ini, menjadi saksi, syg redhakan hati syg, syg serahkan pada Allah segala ketentuan, syg izinkan b utk mencari bakal zaujah yg lain. B ada hak utk memilih. Perkahwinan bukan utk sehari dua. Jgn beri syg cinta jika b tidak benar-benar memaksudkannya.
Syg beri b ruang dan peluang, untuk mencari bahagia b sendiri. Dan syg disini berjanji, apabila b sudah bertemu insan yg jauh lebih baik drpd syg, dan perempuan itu yg mampu beri b bahagia, perempuan itu mampu melahirkan zuriat dari keturunan yg baik-baik utk b, perempuan itu mampu beri keluarga b hidup yg sempurna, syg lepaskan b dari hidup syg tanpa dendam dan benci.

Tetapi, andai tidak ketemu dgn perempuan itu, dan b masih mahu, syg menghabiskn setiap liku-liku, hidup bersama berdua dan bakal zuriat kita, carilah syg semula. Andai diizinkan Allah, syg akn tetap ada.
Jika Allah mentakdirkan kita utk bersatu dibawah ijab bersaksi, mencari satu cahaya bahagia, bersama mencari redha DIA, bersama menghabiskn sisa-sisa usia tua, InsyaAllah, kita akan bertemu. Jika bukan didunia, mungkin di akhirat sana.

Andai sudah ketemu bhgia tanpa syg, jujurlah. Syg akan melepaskan b sepenuhnya. Kerana syg yakin, cinta Allah mengatasi segala. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Terima kasih utk suka, duka, ketawa, bahagia sepanjang 3 tahun kita bersama. Halalkan segala makan minum, halalkan segala yang terlebih mahupun yang terkurang. Terima kasih utk setiap kenangan. Terima kasih utk setiap senyuman. Syg tidak berjanji utk ada lagi disisi b selepas ni. Sbb b sendiri kata, b mampu bahagia walaupun syg tiada.

Andai Allah mengizinkan, syg akan ada. Andai tidak, b pasti akan bahagia. Walaupun tanpa gelak dan ketawa perempuan yg x punya apa-apa.

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, syg kini memilih utk mengumpul amal dan cinta DIA. Memilih utk berdiri diatas kaki sendiri, meraih ilmu dunia dan akhirat seiring, supaya kelak, apabila detak nadi syg berhenti, tiada yang perlu dikhuatiri. InsyaAllah.

Jaga hati, jaga solat, jaga iman, jaga amal, jaga mata (tundukkan pandangan), jaga nafsu. InsyaAllah bahagia pasti milikmu. :')

Salam cinta dan rindu dari kejauhan.
Zalia Shamila Binti Shariffuddin
3/12/13, 0138H.





No comments:

Post a Comment